Kari Daging

Malay/English



Kari daging adalah hidangan versatil. Ia boleh dimakan dengan nasi, roti, dan lempeng. Ia juga boleh dimakan dengan mi dan dibuat inti pizza. Penggunaan rempah yang cukup digabungkan dengan rasa daging dapat menghasilkan kari daging yang sedap. Dan kentang dapat menambah keenakan kari daging semasa dimakan dengan nasi putih. 

Kari daging. Yang ni memang sedap bagi saya tapi mungkin perlu kurangkan sikit minyaknya. 

Ada pelbagai versi dan resepi kari daging. Yang ini adalah versi kuah yang cair dan kurang santannya. Apa yang membuatkan saya gemarkan kari daging versi ini ialah rasa dagingnya yang menyebar ke dalam kuah, membuatkan kuahnya walaupun cair tetapi penuh dengan rasa yang pelbagai dari bahan-bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan

  • 500 gram daging rebus sehingga lembut
  • 5 cawan air rebusan daging atau stok daging
  • 9 bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia 1 inci
  • 1 bawang besar(didadu)
  • 5 cili padi
  • 2 sudu besar serbuk cili atau pes cili
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 batang kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 bunga cengkih
  • 7 buah pelaga
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 2 kentang (potong jadi 8 ketul)
  • Lobak merah dihiris nipis
  • 1 cili hijau
  • Air asam jawa dari 1 1/2  sudu besar asam jawa
  • 1 hingga 2 sudu besar gula melaka
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara

  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia, dan cili padi.
  • Panaskan minyak masak dalam periuk.
  • Masukkan kayu kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan kacau selama 30 saat dan masukkan bahan tumbuk.
  • Kacau sehingga sedikit keemasan dan naik bau dan masukkan serbuk cili, serbuk lada hitam dan serbuk kari dan kacau selama 1 minit dan tambahkan jus asam jawa.
  • Kacau sehingga jus asam jawa kering sedikit dan masukkan daging lembu. Kacau rata.
  • Selepas 5 minit masukkan air rebusan daging dan air jika perlu.
  • Tambah juga kentang.
  • Masak sehingga kentang empuk.
  • Masukkan kepingan lobak merah dan cili hijau.
  • Masukkan gula melaka, santan dan garam. Rasa dan tambah apa yang perlu.
  • Masak seketika sehingga kari mendidih. Tutup api.


Comments

  1. I read your blog which was very useful for me. I request you to provide the information about oriental sauce, Sambal sotong, etc.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sauteed Romaine Lettuce

Salted Fish Fried Rice (Nasi Goreng Ikan Masin)

Lempeng : Flat Pancake Recipe