Cekodok Kuah Dhal

Kuah dhal memang sinonim dengan roti canai. Bila kita beli roti canai dan bungkus bawa balik, biasanya penjual akan beri kual dhal yang banyak, mungkin untuk kita makan roti canai banjir di rumah. Tapi bukan semua ahli keluarga kita akan makan roti banjir. Jadi berlakulah lebihan kuah dhal. Apa yang selalu kita buat dengan kuah yang lebih ini? Biasanya mak penulis akan buang saja. 

Tapi penulis selalu rasa sayang nak buang kuah dhal ni. Sebab banyak dan rasa membazir (walaupun penulis makan roti banjir kat rumah). Jadi timbul satu idea untuk reka masakan baru dari kuah dhal tu. 

Penulis fikir ini boleh buat makanan petang. Jadi penulis cuba buat cekodok kuah dhal. Masa tu penulis ada memasak sup ekor untuk makan tengahari, jadi penulis campur sedikit kuah sup ke dalam kuah dhal dan tambah tepung. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Jika tak ada kuah sup pun tak mengapa. Tambah saja air. Dan untuk lebih rasa boleh tambah pati ikan bilis atau ayam, atau ikan bilis. Udang kering kisar pun boleh agaknya. 

Selepas 3 jam penulis keluarkan adunan dari peti sejuk, tambah hirisan bawang besar dan garam secukup rasa. Lepas tu panaskan minyak dan goreng. 

Hasilnya terjadilah resepi cekodok yang baru dalam senarai resepi penulis, cekodok kuah dhal. Sedap juga. Rasanya kalau tambah soda bikarbonat mungkin naik dan gebu sikit. Apa pun, penulis sertakan resepinya di bawah. 




Bahan
  • 1 1/2 cawan kuah dhal
  • 5 atau 6 sudu besar tepung gandum
  • Air secukupnya
  • 1/2 kiub pati ikan bilis atau ayam
  • 1/2 biji bawang besar hiris nipis
  • 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa

Cara
  • Campurkan semua bahan. 
  • Panaskan minyak. 
  • Goreng dalam bentuk cekodok. Saiz cekodok adalah terpulang kepada anda. 
  • Goreng sampai keemasan. 

Comments

Popular posts from this blog

Sauteed Romaine Lettuce

Solok Lada

Scrambled Egg Sandwich with Toum